29 Mac 2009

Apa Yang Aku Mahu...

VILLA BISTARI & CRV-MUGEN

Aku senaraikan barang2 dan perkara2 yang aku nak sangat sekarang ni...
Duit



1. Nak duit (rm5,000) : untuk cat rumah (rm500), nak tambah cornice (rm2,000), nak pasang lampu baru (rm100), lampu lama nak jual (-rm100), nak beli karpet untuk living and kat bilik (rm1,000), nak beli kusyen untuk lepak2 depan tv (rm300), nak beli hiasan dinding (rm300), nak beli jam dinding (rm50), nak beli cermin untuk letak kat bilik air (rm50), nak beli items untuk letak toiletries kat bilik air (rm100).
2. Nak duit (rm3,000) : untuk major servis MyWira (rm1,000), cat kereta (rm 2,000)
3. Nak invest kat unit trust (rm5,000) : invest kat Public Islamic Equity Fund
Jumlah duit yang aku nak sekarang : rm 13,000

Kesihatan
1. Nak mata aku dapat penglihatan yang jelas dan terang tanpa pakai cermin mata atau contact lense. Aku dapat melihat tanpa ada masalah silau dan mata berpasir. Mata yang sihat dan bersinar.
2. Nak segala ketumbuhan kat badan hilang. Semua sakit2 hilang, sengal2 belakang dan tangan tak de lagi.
3. Dapat berjalan normal macam orang lain. Boleh berlari dan melompat. Boleh memakai kasut bertumit. Masalah kaki terseliuh dah tak de. Boleh panjat gunung, bersenam, dan bersukan.
4. Rambut tak gugur dan beruban. Hitam dan sihat bersinar.
5. Badan langsing, dan cantik. Sesuai pakai semua jenis pakaian.

Hubungan
1. Sentiasa beriman dan bertakwa pada Allah. Sentiasa bersyukur dengan nikmat dan limpahan rahmat dari-Nya. Sentiasa mengingati-Nya.
2. Mesra dan saling hormat menghormati di kalangan keluarga, adik beradik, saudara mara, dan kawan2.
3. Mesra dan mudah bergaul di kalangan rakan2 sepejabat.
4. Tiada sebarang musuh.
5. Bertemu soulmate.


Yang saling sayang menyayangi, kuat agama, sedap mata memandang, tak isap rokok, jaga solat, boleh membimbing diri dan keluarga ke jalan Allah, setia hingga ke akhir hayat, bertanggung jawab, baik hati, memahami, caring, loving, bijak, berkerjaya, bercita2 tinggi, mempunyai matlamat hidup yang sama.
6. Keluarga bahagia.











Dunia
1. Semoga rakyat di bumi Palestine di beri kekuatan iman dan kesabaran.
2. Semoga orang Yahudi dihukum, menyesal dan berhenti dari membunuh rakyat Palestine.
3. Semoga negara2 Arab bersatu untuk membantu rakyat Palestin.
4. Semoga negara2 miskin lain mendapat pembelaan yang sewajarnya.
5. Semoga orang Islam tidak di pandang serong dan di label sebagai pengganas.
6. Ekonomi dunia akan pulih.
7. Pencemaran akan berkurangan.

Setakat ni benda2 dan perkara2 yang aku memang nak sangat2.